top of page
Search
  • mohammadkamarol

Penawar SemulaJadi Psoriasis Serta Simptom-simptom Dan Punca Psoriasis

Sekiranya anda mengalami kulit yang kering, gatal-gatal, sakit dan terdapat tompok-tompok merah, anda mungkin akan mengalami psoriasis. terdapat banyak penawar semulajadi psoriasis boleh diamalkan. Terlebih dahulu anda kena tahu psoriasis merupakan satu keadaan autoimun yang menyebabkan kemunculan kesan-kesan merah dan pembentukan plak pada permukaan kulit yang mana boleh menyebabkan rasa sakit


Terdapat Beberapa Bentuk Psoriasis, Semuanya Ada Simptom-simptomnya yang Tersendiri


Psoriasis Kuku atau Kulit Kepala:

Menjejaskan kuku dan kepala dengan cara menjadikannya kering dan kuku mudah tertanggal.

“Psoriasis Lembut”:

Menyebabkan simptom-simptom yang kurang teruk berbanding bentuk-bentuk yang lain dan mungkin boleh disalahanggap sebagai eczema atau bahkan juga sebagai kelemumur. Psoriasis jenis ini kebiasaannya lebih mudah diredakan dengan menggunakan produk-produk kecantikan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi.

“Psoriasis Teruk”: Satu terma yang biasanya digunakan untuk menggambarkan bentuk psoriasis yang menyakitkan termasuklah psoriasis postular dan guttate.Psoriasis Postular: Menyebabkan nanah dan timbul biji-biji pada kulit yang biasanya menyakitkan.

Psoriasis Songsang: Berwarna merah berkilat yang muncul di kawasan lipatan kulit (termasuklah di kawasan ketiak dan di bawah payu dara).

Psoriasis Eritrodermik: Menyebabkan kulit memiliki seakan-akan sisik berwarna merah yang mudah terkoyak sehingga boleh menyebabkan masalah pendedahan cahaya matahari yang berlebihan apabila ia tidak dirawat. Biasanya, psoriasis jenis ini disebabkan oleh akibat daripada pemberhentian pengambilan ubat-ubatan yang berkaitan dengan psoriasis itu.

Psoriasis Guttate: Jenis yang sering kali berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Hal ini menyebabkan timbulnya biji-biji merah atau tompok-tompok yang disebabkan oleh fungsi sistem imun yang rendah, masalah tekanan atau jangkitan kuman seperti tekak yang kering dan tonsil.

Psoriasis Plak (bentuk yang paling biasa berlaku):

Menyebabkan tompokan berwarna merah dan kulit menjadi bersisik. Jika dibandingk an dengan bentuk-bentuk psoriasis yang lain, psoriasis plak ini boleh menjadi lebih parah walaupun orang tersebut tidak pernah mengalami sebarang masalah autoimun sebelum ini.


Punca-punca Psoriasis


Sebagaimana masalah autoimun yang lain, psoriasis juga disebabkan oleh kombinasi daripada beberapa faktor. Kebanyakan doktor masih lagi tidak pasti apa yang sebenarnya menjadi punca kepada masalah psoriasis ini namun berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa antara punca yang utama adalah:

Genetik – Kini, para saintis telah mengenalpasti kira-kira 25 varian genetik yang menjadikan seseorang itu boleh mengalami penyakit psoriasis.

Mengalami tekanan emosi yang berlebihan –Tekanan emosi yang kronik boleh merosakkan kualiti hidup anda.Keradangan yang teruk serta keimnan yang lemah, terutamanya apabila pengaktifan T lifosit menbawa kepada pelepasan sitokin.

Mengamalkan diet yang tidak sihat serta mengalami masalah pencernaan lemak dan protein.

Perubahan hormon seperti baligh, hamil atau menopause.

Kekurangan nutrien tertentu seperti vitamin D.

Fungsi hati yang lemah.

Tindak balas terhadap ubat-ubatan dan pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan seperti Advil, Mortin, ubat darah tinggi dan ubat anti-malaria


Bagaimanakah Cara untuk Merawat Psoriasis Secara Semula Jadi?


1. Amalkan Diet Anti-Keradangan

Ramai yang sudah mula melihat perubahan yang positif pada simptom-simptom psoriasis mereka apabila mereka mengambil makanan yang betul dan meningkatkan pengambilan nutrien mereka. Terdapat beberapa makanan yang terbaik bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut dan mengurangkan tindak balas autoimun. Antaranya ialah:

  • Makanan Probiotik: Produk tenusu

  • Makanan Berserat Tinggi: buah-buahan segar, sayur-sayuran, kekacang dan bijian.

  • Ikan Liar: ikan salmon, makerel dan sardin

  • Makanan yang Kaya dengan Zink: biji labu, daging organik, bijian dan kekacang.

  • Makanan yang Kaya dengan Vitamin D dan A

2.Gunakan Herba Semula Jadi serta Suplimen Tertentu

3.Dapatkan Sekurang—kurangnya 20 minit Berada di Bawah Sinaran Matahari Setiap Hari

4.Mengurangkan Tekanan

5.Berikan Kelembapan Kulit Menggunakan Minyak Pati


Jom lihat bagaimana pesakit mengubati masalah psoriasis mereka - di sini


580 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page