“Bulan Kesedaran Kanser Payudara” setiap Oktober di seluruh dunia bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan umum selain mendidik dan menyokong mereka yang terbabit. Kanser payudara adalah kanser paling kerap di dunia dan ia adalah kanser nombor satu penyebab kematian. Kadar insiden untuk Malaysia ialah 28.2 per 100,000 penduduk.
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir separuh iaitu 48% (menghampiri kira-kira 5,000 wanita) daripada kes kanser payudara di Malaysia berlaku dalam kalangan wanita yang berusia 30 dan 60 tahun, di mana hampir separuh daripada mereka yang terlibat adalah di bawah 50 tahun. Ini jelas menunjukkan diperingkat umur tersebut, kanser sangat aktif dan kanser payudara ini mula dihidapi oleh perempuan yang berumur seawal umur 20 tahun ke atas. Kanser payudara di negara ini, kebanyakan dihidapi oleh kaum perempuan dan kebanyakannya adalah wanita yang sudah pra menopaus dan 20 peratus wanita dalam usia melahirkan anak. (NCR 2006) dengan risiko kira-kira 1 dalam 20 wanita berisiko menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
Berbeza dengan Singapura dan Korea di mana kelangsungan hidup 5 tahun bagi penghidap kanser payudara adalah lebih daripada 85%. Peluang hidup untuk kanser payudara adalah sangat rendah kerana mengambil tindakan yang lambat. Ini disebabkan kurangnya kesedaran tentang tanda-tanda dan gejala-gejala awal, takut untuk membuat pemeriksaan dan lebih mempercayai rawatan alternatif daripada ubat-ubatan di hospital dan klinik.
Kanser payudara boleh sembuh jika dikesan dan dirawat awal dengan purata kadar kelangsungan hidup lima tahun pada 89% dan kadar 15 tahun adalah 78% (American Cancer Society).
Sebaik disahkan menghidap kanser payudara, wanita dinasihatkan supaya menjalani Pembedahan Mastektomi (pembedahan pembuangan keseluruhan payudara yang terbabit) atau Pembedahan Breast Conserving (pembedahan membuang kawasan payudara yang terjejas), kemudian diikuti dengan Radioterapi, Terapi Hormon atau Komoterapi bergantung kepada jenis dan peringkat penyakit.
Bersempena kempen “Bulan Kesedaran Kanser Payudara”, jom kita berkongsi tentang faktor-faktor dan cara-cara mencegah kanser payudara agar peratus kenaikan jumlah kematian disebabkan kanser payudara dapat dikurangkan.
FAKTOR RISIKO YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER PAYUDARA
• Faktor Umur – umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30-an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
• Faktor keturunan - Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
• Sejarah menghidap kanser - Pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.
• Sejarah haid - perempuan yang datang haid lebih awal sebelum umur 12 tahun dan lewat putus haid melebihi umur 50 tahun memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini.
• Estrogen eksogenus - Wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi.
• Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.
• Tidak pernah beranak atau bersalin selepas umur 30 tahun
• Menopaus pada umur 50-an
• Kurang melakukan aktiviti fizikal
• Diet pemakanan yang tidak seimbang
• Pengambilan alkohol secara berlebihan
• Obesiti
• Mengambil rawatan gantian hormon
• Pernah menjalani biopsi payudara lebih dari 2 kali
• Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.
TANDA-TANDA DAN GEJALA AWAL KANSER PAYUDARA
• Benjolan - Benjolan ini umumnya terdapat di bawah kulit payudara dan ukurannya lebih kurang sebesar kacang tanah. Biasanya benjolan tersebut hanya terdapat di sebelah payudara saja. Apabila benjolan tersebut ditekan dan dapat bergeser, itu bermakna masih merupakan gejala awal yang ringan dan boleh segera ditangani. Sebaliknya, bila benjolan tersebut sudah tidak boleh bergeser dan ukurannya lebih besar dan keras maka awas, kanser sudah memasuki tahap serius. Benjolan ini juga boleh didapati di permukaan ketiak, walaupun tidak selalu bermakna kanser—tapi ada baiknya diberikan pemeriksaan lebih lanjut.
• Perubahan bentuk puting payudara - Puting tetek kelihatan rata, terbalik atau masuk ke dalam atau mungkin terasa sakit yang berlanjutan.
• Keluarnya darah atau cairan janggal - Cairan darah yang keluar umumnya tidaklah banyak, namun cukup mengganggu. Selain darah ada juga berupa cairan kekuningan seperti darah putih atau bahkan nanah. Hal ini biasanya diikuti dengan rasa nyeri pada permukaan payudara dan rasa gatal pada daerah sekitar puting tetek. (Kadang kala ini bukan bermakna kanser, namun tetap harus berwaspada)
• Perubahan warna kulit - Warna kulit payudara berubah warna menjadi kemerahan .
• Perubahan tekstur kulit - Permukaan kulit payudara kelihatan bersisik atau berkedut seperti kulit limau purut. Kulit akan terasa kasar dan kaku.
• Luka yang sukar sembuh - sering juga timbul luka yang sukar sembuh dan terasa panas seterusnya akan membengkak.
• Payudara terasa panas, kemerahan dan bengkak
• Adanya benjolan-benjolan kecil
• Terasa sangat gatal di daerah sekitar puting tetek
• Benjolan yang keras itu tidak bergerak ( terfiksasi )
TANDA-TANDA PENGIDAP KANSER PAYUDARA
• Kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
• Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
• Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
• Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
• Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.
TAHAP KANSER PAYUDARA
Tahap 1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
CARA-CARA MENCEGAH KANSER PAYUDARA
Kata “Tidak” kepada alcohol
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).
Berhenti Merokok (bagi perempuan yang merokok)
Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.
Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman/aktiviti fizikal
Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.
Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda
Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup anda adalah 85%.
Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT)
Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengan kanser payudara. Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Periksa payudara anda setiap bulan
Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.
Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram
Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.
Amalkan diet lemak rendah dan pemakanan yang seimbang
Amalkan pemakanan yang seimbang. Diet yang tinggi kandungan lemak meningkatkan risiko KPD. Lemak meningkatkan hormon estrogen yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda. Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram
Berkahwin diusia yang muda
Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya daripada kanser payudara dan serviks.
Amalkan penyusuan badan
Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.
Artikel adalah dari:
Baca apa itu kanser
Comentários